WEB TIPS & OPTIMIZATION

5 KEPENTINGAN SEO PADA WEBSITE

Hai, Assalamualaikum bertemu kembali setelah sekian lama tidak buat sharing bersama anda. Saya Afiq Manab, untuk entry kali  ini kami ingin berkongsi lebih lanjut mengenai kepentingan SEO.

13 JULY 2018

5 KEPENTINGAN SEO PADA WEBSITE

SEO antara komponen penting di dalam memastikan

website sentiasa menerima kunjungan trafik.

Tanpa SEO, ia boleh membuatkan website kita

seperti padang pasir tanpa sebarang kunjungan dari mana-mana audience.

Bagi memastikan  website yang kita miliki berhasil menjana

keuntungan yang berjuta, kita perlu memiliki SEO.

Jadi kami kongsikan antara 5 Kepentingan SEO pada website bagi posting hari ini.

1. Menarik perhatian audience yang sedang mencari

Audience bagi website sangatlah berbeza bagi audience yang melihat advertising kita di

Billboard ataupun Facebook Ads.

Bagi audience yang datang dari SEO adalah audience yang sedang mencari.

Bagi menarik perhatian audience seperti ini targetnya adalah untuk menunjukkan kelebihan dan kepentingan membeli atau mengambil servis dari kita.

2. audience yang datang lebih berkualiti

Bayangkan jika kita ingin pergi bercuti ke suatu tempat. Cuba fikir semula mengapa kita memilih untuk bercuti di sana?

  • Mungkin kita suka dengan enviroment di sana.
  • Mungkin kita suka dengan layanan dari penduduk disana.
  • Mungkin kita suka makanan di sana.

Sekarang ni bayangkan pula ini semua berlaku pada prospek kita

  • Mungkin mereka sedang mencari produk atau servis kita untuk membantu mereka.
  • Mungkin mereka sangat2 memerlukan khidmat kita.
  • Ataupun mereka dalam keadaaan sudah bersedia untuk membeli.

Jadi tugas kita ialah untuk meyakinkan mereka untuk datang ke tempat kita.

3. trafik pada website semakin meningkat

Apabila website kita mula di daftarkan di platform Search Engine bagi SEO.

Impak trafik bagi website akan mula meningkat. Ini di sebabkan website kita akan lebih mudah dicari di dalam search engine.

Apabila lebih banyak trafik maknanya antara keyword dan title page yang di daftarkan menarik minat audience untuk membaca.

Google sangatlah suka apabila ada website yang di rankingkan menerima begitu banyak trafik.

Disebabkan itu ranking website kita akan mula naik dari page yang belakang ketika baru ranking dan akan mula ke page pertama.

4. audience faham produk atau service kita

Apa yang menarik mengenai SEO kita boleh menarik audience untuk content yang kita bina di page supaya audience lebih faham.

Jika dulu mungkin ramai yang berkata di dalam marketing target kita yang pertama ialah untuk mendapatkan kepercayaan audience.

Apabila audience dah mula percaya pada servis kita. Bagaimana dengan langkah yang seterusnya?

Di situ lah audience perlu faham kepentingan produk dan servis kita.

Bagi membuatkan audience faham kita perlu menghasilkan quality content yang menerangkan produk dan servis kita.

5. kualiti leads

Jika kita biasa melayan leads terutama bahagian sales mesti sudah biasa melayan pelbagai kerenah leads.

Kebiasaannya leads yang datang akan ada pelbagai jenis pertanyaan yang ingin diajukan.

Ini disebabkan biasanya leads yang datang tuh mungkin berada dalam tiga kelompok

  1. Fasa sedang survey harga
  2. Fasa sedang mencari
  3. Fasa sedang menghadapi masalah

Dengan adanya SEO lebih mudah untuk kita menarik perhatian mereka dengan cara kita set SEO kita untuk menjawab persoalan yang biasa kita jawab bagi leads yang pernah approach kita sebelum-sebelum ini.

Copyright @ 2017 Peneraju Media.
All rights reserved.

Peneraju Media

Peneraju Media

(+60)19 - 964 6709

penerajumedia@gmail.com

THE PERFECT SOLUTION FOR YOUR ACTIVE BUSINESS

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Need a website? Contact us now

Share This

Share this post with your friends!