WEB TIPS & OPTIMIZATION

bagaimana kami mula membina

website bagi client?

Hai, Assalamualaikum bertemu kembali setelah sekian lama tidak buat sharing bersama anda. Saya Afiq Manab, untuk entry kali  ini kami ingin berkongsi lebih lanjut mengenai bagaimana agensi kami membina website bagi client.

16 JULY 2018

bagaimana kami membina website bagi client

Memiliki website antara tools yang penting dalam memastikan marketing yang kita miliki aktif dan berkesan.

Tetapi mungkin ramai yang tertanya, bagaimana sebuah agensi seperti kami mula membina web bagi client?

Di dalam posting ini kami terangkan bagaimana kami membina website bagi owner business yang setuju untuk membuka akaun bersama agensi kami.

1. berjumpa bagi initial meeting

Setiap dari business sangat-sangatlah berbeza masalah yang dihadapi.

Akan ada client yang mempunyai masalah produk kurang laris dan akan ada client yang mempunyai masalah banyak leads dan susah nak layan one by one.

Itu antara masalah yang biasa kami dengar dan kami bantu dengan client memiliki website ataupun membantu client di social media.

Jadi at first kami akan berjumpa dahulu dengan client bagi mendengar penjelasan mereka dan allign kan dengan vision dan service yang kami boleh bantu.

2. Perbincangan antara team

Setelah representative kami berjumpa dengan client. Kami akan mula merungkai antara part yang kami boleh bantu di dalam membantu client.

Biasanya rangka perjalanan projek akan di bentuk untuk memperlihatkan end game bagi memastikan potensi every potential account yang kami pegang boleh sampai ke tahap full potential.

Setelah itu baru kami akan keluarkan antara kos yang terlibat bagi projek.

3. fasa permulaan projek

Pada awal projek team akan mula membuat background research yang perlu ada bagi projek.

Setelah selesai melakukan background research. Team akan mengeluarkan beberapa konsep yang sesuai bagi client dan akan dibentangkan pada client.

Ini bagi memastikan client faham akan perjalanan projek, aturcara kerja yang terlibat dan dateline bagi projek.

4. fasa amendment 

Di fasa amendment team akan berbincang dengan Client bagi menambah baik website.

Biasanya antara yang akan diteliti di dalam fasa ini ialah content bagi website.

Ini bagi memastikan content yang di masukkan ke dalam website menepati content yang ingin di sampaikan pada audience yang bakal melayari website.

5. pendaftaran seo

Setelah struktur dan content website siap dibina sudah tiba masanya untuk mendaftar website di search engine.

Dengan mendaftar website ke search engine seperti Google, Bing dan Yahoo. Ia akan menarik lebih banyak audience yang sedang mencari produk ataupun servis anda.

Jadi setiap dari website dan blog yang kita bina wajib untuk di daftarkan ke Search Engine.

Kami ada menerangkan mengenai kepentingan SEO pada website di dalam blog ini.

Copyright @ 2017 Peneraju Media.
All rights reserved.

Peneraju Media

Peneraju Media

(+60)19 - 964 6709

penerajumedia@gmail.com

THE PERFECT SOLUTION FOR YOUR ACTIVE BUSINESS

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Need a website? Contact us now

Share This

Share this post with your friends!