DATA YANG PERLU UPDATE DI WEBSITE

Kebanyakan business owner yang kami jumpa pada hari ini, sudah ramai di antara kita yang sudah memiliki website. Tetapi kebanyakkan dari SME mahupun Corporate yang kami berjumpa mempunyai masalah di dalam memastikan website yang mereka sedia ada terurus dan memiliki data yang lebih up to date dengan perkembangan syarikat. Di dalam blog ini, kami akan mengolah lebih lanjut mengenai data apa yang sepatutnya kita update setelah memiliki website.

1. BLOG

Blog antara komponen penting di dalam kita memastikan website yang kita miliki sentiasa di terima pengunjung. Apabila content yang kita miliki di dalam blog sentiasa up to date, kepercayaan prospek dan visitor website akan bertambah yakin untuk engage bersama syarikat kita. Tetapi apa antara content yang kita boleh olah di dalam blog? 

Melalui agensi kami, kebiasaannya kami sudah mempunyai Marketing Blueprint yang telah dirancang pada awal tahun dan bersedia untuk dirujuk bagi data yang akan kami update di website. Best practice yang biasa kami jumpa pada syarikat yang aktif di blog dan menerima kunjungan yang tinggi di website 70% blog content akan merujuk aktiviti terkini syarikat, 20% daripada content pula akan merujuk pada latest issue yang berkaitan pada niche mereka dan 10% pula terdiri daripada tips yang terkini, berkait rapat dengan prospek dan client mereka.

2. WordPress Plugin Update

Bagi memastikan website yang kita miliki mempunyai sistem security yang terkini, kita perlu memastikan plugin dan theme yang kita miliki berada dalam status up to date. Kebanyakkan dari business yang memiliki website jarang update website yang mereka miliki dan menyebabkan website berpotensi untuk di hack. 

Kebiasaannya di dalam agensi kami, kami akan menyemak sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk sebarang update di dalam website kami dan website client. 

3. Promosi dan Kempen

Kebiasaannya pada mana-mana business, kita mesti akan ada promosi atau kempen yang akan di buat bagi menarik prospek dan client baru. Jadi setiap kali kita mempunyai kempen atau promosi yang akan di buat, website juga boleh menjadi salah satu medium di dalam kita mendekati client. Antara yang kita boleh bina di dalam website kita ialah landing page bergantung pada apa yang kita ingin capai dari promosi dan kempen tersebut.

Ini antara 3 tips yang anda boleh rujuk, InsyaAllah dlm masa terdekat sekiranya terdapat input baru kami akan update di sini. 

Peneraju Media

Peneraju Media

(+60)19 - 964 6709

penerajumedia@gmail.com

THE PERFECT SOLUTION FOR YOUR ACTIVE BUSINESS

Copyright @ 2019 Peneraju Media. All rights reserved.

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Need a website? Contact us now

Share This

Share this post with your friends!