FUNGSi DIGITAL MARKETING YANG business owner perlu tahu

by | Apr 24, 2019 | Tips Perniagaan | 0 comments

Digital marketing merupakan salah satu cabang marketing yang baru dan boleh digunakan oleh business owner untuk memasarkan perniagaan yang dijalankan. Fungsi Digital Marketing semakin bertambah baik dengan wujudnya pelbagai platform yang menyediakan ruang untuk SME mahupun Corporate untuk memasarkan perniagaan mereka. 

Berikut antara fungsi Digital Marketing yang perlu business owner

Mendekatkan business dan bakal pelanggan

Setiap dari perniagaan mempunyai segment market yang tersendiri. Ada yang segmen market mereka terdiri daripada kanak-kanak dan ada juga segmen market yang lebih sesuai bagi golongan dewasa.

Dengan trend yang ada pada hari ini, di mana semua orang sudah semestinya mempunyai platform Social Media sepeti Facebook, Instagram, twitter dan lain-lain. Sedikit sebanyak dengan akaun yang kita miliki di Social Media dapat membantu untuk kita lebih dekat dengan market yang kita sasarkan.

Fungsi Ads sebagai tools untuk memperkenalkan pada orang luar

 

Advertising yang terdapat di Google Ads, Facebook Ads dan Twitter Ads serba sedikit membantu kita untuk memperkenalkan perniagaan yang kita miliki pada mereka yang tidak pernah kenal brand dan servis yang kita jalankan.

Setiap dari sistem Advertising yang telah di bina dapat membantu brand dan servis kita lebih cepat berkembang dan berdaya saing bersama pesaing kita di luar sana.

Sebagai business owner, ia serba sedikit dapat membantu perniagaan kita untuk mencari pelanggan baru dan membantu kita untuk berinteraksi prospek yang berminat servis atau produk yang di tawarkan.

Sistem yang lebih berintegrasi

Kelebihan Digital Marketing ia dapat membantu kita di dalam menghubungkan di antara sosial media yang kita miliki kepada website. 

Dengan ini visitor yang masuk ke dalam website dapat kita track untuk retargetting pada masa akan datang sekiranya kita mempunyai promosi yang ingin dijalankan ataupun retarget bagi kempen pemasaran yang sedang berlansung.

Kelebihan yang kita dapat dari proses ini ialah mereka yang memasuki website kita sudah tahu brand dan servis atau produk yang kita tawarkan.

Ini dapat meningkatkan trust di kalangan bakal pembeli.

hasil dapat direkodkan

Beza antara kita membuat pemasaran offline dan juga online. Bagi Digital Marketing setiap dari gerak geri pelanggan dapat direkodkan hasil daripada tracking sistem yang tersedia di social media.

Dengan ini, kita dapat mengenal pasti antara strategi yang telah digunakan, yang mana mendapat sambutan ataupun tidak.

Jadi kita akan lebih jelas pada langkah seterusnya yang kita dapat lakukan pada kempen atau promosi yang akan datang.

Berikut antara fungsi yang business owner perlu tahu mengenai Digital Marketing. Jika di ikutkan banyak lagi fungsi bagi Digital Marketing.

Tetapi ini tajuk kali ini kami cuba untuk tidak terlalu jargon dan pembaca boleh faham secara asas fungsi digital marketing.

Copyright @ 2017 Peneraju Media.
All rights reserved.

Peneraju Media

Peneraju Media

(+60)19 - 964 6709

penerajumedia@gmail.com

THE PERFECT SOLUTION FOR YOUR ACTIVE BUSINESS

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Need a website? Contact us now

Share This

Share this post with your friends!