7 AMALAN MENJEMPUT REZEKI YAnG WAJIB DIBUAT OLEH USAHAWAN ISLAM

by | Apr 25, 2019 | Tips Perniagaan | 0 comments

Sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai amalan yang wajib kita buat di dalam menjemput rezeki, mari kita sama-sama memahami konsep rezeki itu sendiri.

Rezeki bukan lah di dalam bentuk wang semata-mata. Rezeki juga boleh terdiri daripada konsep tersebut:

  • Rezeki Kasih Sayang
  • Rezeki Kesihatan
  • Rezeki Kewangan
  • Rezeki Ibadah

Berikut antara 7 amalan yang boleh di lakukan di dalam menjemput rezeki

Solat di Awal Waktu

Solat di awal waktu antara amalan yang boleh kita lakukan di dalam menjemput rezeki. Pada masa yang sama solat di awal waktu juga mengajar kita untuk menguruskan masa dan membuat persediaan awal

Solat Dhuha

Di dalam kita memulakan hari atau sibuk dengan urusan harian. Apa kata kita eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum memulakan apa-apa kerja.

Sebaiknya baca surah Al-Waqiah selepas solat Dhuha ini membuatkan kita tidak akan miskin sampai bila-bila insyaAllah. Bilangan solat Dhuha biasanya 2 rakaat. Cuba tambah dari 2 ke 4,6 atau 8 rakaat. Mengikut kemampuan harian kita.

Solat Tahajjud

Mungkin berat pada kita pada peringkat awal. Tetapi cuba biasakan dengan buat secara konsisten selama 7 hari berturut-turut. InsyaAllah mudah untuk kita konsisten selepas itu.

Buat presentation pada Allah di waktu 1 per tiga malam. Cerita apa perancangan perniagaan kita. Pohon petunjuk pada Allah dari setiap keputusan kita. Kalau berniat untuk menjadi jutawan pada tahun ini contohnya. Doa pada Allah dan janganlah di paling nya hati kita apabila sudah senang kelak.

Kadang-kadang kita mungkin mempunyai masalah. Apa kita merintih pada Allah di dalam setiap tahajjud kita. Ceritakan masalah yang berlaku. Mohon petunjuk Allah.

Sedekah

Bersedekah lah dalam apa cara sekali pun. Sedekah ini tidak semestinya kita bersedekah pada masjid. Belanja kawan yang dalam kesusahan, bantu mereka yang memerlukan tanpa mengharap apa-apa balasan dan menderma pada fakir miskin.
Pada setiap amalan sedekah kita, niatkan semua tindakan ikhlas kerana Allah. Hari ini rezeki mereka insyaAllah yang akan datang mungkin rezeki kita pula.

Membaca Al-Quran

Mungkin kita terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sehingga terlupa untuk membaca Al-Quran. Boleh download apps Al-Quran yang sudah ada banyak di PlayStore (Boleh rujuk link di bawah).

Apps Al-Quran

Kalau tidak sempat di tempat kerja atau rumah, mungkin boleh baca ketika menunggu orang ataupun sebelum masuk waktu.

Istighfar setiap hari

Dalam seharian entah berapa banyak kita membuat dosa. Kadang-kadang kita yang terleka ataupun terlalu mengikut nafsu.

Jadikan amalan beristigfar. Sewaktu memandu ke, di dalam lift ke ataupun jika ada masa yang terluang.

Jaga Wuduk

Latih diri kita untuk sentiasa berada di dalam keadaan yang berwuduk. Contohnya sebelum nak mula meeting, berjumpa kawan ataupun ingin membuat sebuah keputusan penting. Pastikan kita di dalam keadaan berwuduk.

Itu lah dia antara 7 amalan yang kita boleh lakukan di dalam menjemput rezeki. Setiap dari amalan yang kita lakukanlah pada perkara berikut

  1. Berdoa di permulaan dan pengakhiran
    • Contohnya sebelum dan selepas meeting. Pohon petunjuk Allah dari setiap apa yang kita lakukan
  2. Usaha sehabis baik
    • Setiap dari apa yang kita pohon. Usaha lah sehabis baik. Memang betul setiap apa yang terjadi sudah tertulis. Tetapi kita kena ingat, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib nya sendiri.
  3. Istiqamah pada setiap amalan
    • Setiap dari kebaikan yang kita lakukan, jadikan ia sebagai satu rutin harian. InsyaAllah bila dah biasa buat nanti tanpa kita sedar sekalipun kita akan buat.
  4. Tawakal pada perkara yang kita tidak boleh kawal
    • Letak setiap dari apa jua yang terjadi, keputusan yang terakhir kita tawakal pada Allah. InsyaAllah..
  5. Yakin pada Allah
    • Bila Doa pun sudah, Usaha pun sudah, Istiqamah dan Tawakal. Yakin lah pada Allah. Kerana Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita.

Source: YB Shehan

Copyright @ 2017 Peneraju Media.
All rights reserved.

Peneraju Media

Peneraju Media

(+60)19 - 964 6709

penerajumedia@gmail.com

THE PERFECT SOLUTION FOR YOUR ACTIVE BUSINESS

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Need a website? Contact us now

Share This

Share this post with your friends!