STRATEGI UNTUK MENGELAKKAN PERNIAGAAN TERJEJAS AKIBAT COVID 19

 

Dunia sekarang sedang bergelut dengan wabak COVID19 & perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah dikenakan dikebanyakan negara, akan menjadi punca kita akan terputus dengan dunia luar secara fizikal. Di anggarkan lebih dari 1 billion penduduk dunia terpaksa berkurung dirumah masing-masing bagi membendung penularan wabak penyakit COVID19 ini. Tetapi secara digital kita masih boleh berkomunikasi dengan menggunakan teknologi yang ada iaitu berhubung dan membeli secara online. Adakah kita masih mahu melepaskan peluang yang ada ini untuk memasarkan produk atau servis kita menggunakan medium online? Begitu juga dengan perniagaan kita, adakah kita hanya membiarkan seluruh perniagaan kita berhenti walaupun ada cara lain yang boleh mengerakkan perniagaan kita walaupun bukan dengan secara sepenuhnya?

Terdapat berberapa cara untuk kita memastikan perniagaan kita terus kekal dan masih boleh dihubungi serta komunikasi masih boleh dijalankan sama ada dengan pekerja ataupun pelanggan dengan berkesan dan mudah. Antara nya ialah kita boleh menggunakan platform online seperti video conference. Banyak kelebihan yang kita perolehi antaranya: 

Berkongsi dokumen secara terus dan membuat mesyuarat secara atas talian.
Komunikasi menjadi lebih baik dan efektif sebab kita dapat melihat terus eksperi wajah & bahasa tubuh pelanggan dan pekerja kita.
Menyakinkan pelanggan untuk menggunakan produk ataupun servis yang kita sediakan.
Menjimatkan masa dan sebarang kebatasan halangan seperti COVID19 tidak menjejaskan aktiviti perniagaan kita.

Antara medium platform video conference ialah:

1) ZOOM

Zoom Video Communications menyediakan perkhidmatan persidangan yang menggabungkan persidangan video, mesyuarat dalam talian, sembang, dan kerjasama mudah alih. Applikasi ini boleh digunakan menggunakan telefon bimbit ataupun Komputer. Aplikasi ini boleh didapati secara percuma dan berbayar

2) SKYPE

SKYPE menggabungkan pemesejan segera, persidangan video, panggilan dan kerjasama dokumen ke dalam satu, aplikasi bersepadu dan membolehkan cara baru yang menarik bekerja. Aplikasi ini secara dasarnya merupakan platform percuma tapi perlu bayar bagi fungsi2 tertentu.

3) TRELLO 

Trello membolehkan anda bekerja lebih bersama dan lebih banyak dilakukan. Papan, senarai, dan kad Trello membolehkan anda mengatur dan memprioriti projek dengan cara yang menyeronokkan, fleksibel dan bermanfaat. Trello boleh dilanggan dengan berapa pakej tertentu.

4) DISCORD

Percakapan adalah cara paling mudah untuk berkomunikasi melalui suara, video dan teks. Discord adalah antara aplikasi percuma yang boleh kita gunakan

5) SLACK

Slack adalah hab kerjasama, di mana orang-orang yang betul dan maklumat yang tepat datang bersama-sama, membantu setiap orang mendapatkan kerja. Slack menyediakan beberapa plan untuk langganan mengikut keperluan perniagaan Jadi, masih belum terlambat untuk kita memulakan perniagaan kita di era digital ini dengan menggunakan segala teknologi atas talian yang disediakan. Gunakan peluang yang ada untuk memasarkan produk ataupun perkhidmatan kita dengan betul dan pantas

Peneraju Media Solution (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang membekalkan solusi yang terbaik untuk perniagaan anda melalui pembangunan website dan digital marketing. Sebagai satu syarikat yang pernah memenangi anugerah dalam Malaysia Website Awards 2018 (Website of the month for Best Corporate Web Design) bagi salah satu portfolio, kami komited untuk membantu anda mengembangkan perniagaan dengan menyediakan platform membangunkan Website ECommerce dan Digital Marketing. Peneraju Media bersedia menjadi One Stop Centre (Pusat Sehenti) bagi mengembangkan dan memasarkan perniagaan anda secara digital

 

#gegarniagadigital
#gegarconvid19
#dagangdigital

Peneraju Media

Peneraju Media

penerajumedia@gmail.com

(+60)12 - 691 8594 Afiq
(+60)17 - 393 9720 Husaini
(+60)11 - 1330 0078 Khairul

ONE STOP CENTER FOR GROWING BUSINESS

Copyright @ 2020 Peneraju Media. All rights reserved.

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Need a website? Contact us now

Share This

Share this post with your friends!