APA ITU SEO DAN PERKARA YANG PERLU KITA AMBIL KISAH TENTANGNYA

by | Apr 3, 2020 | Website Tips | 0 comments

Jika kita bercakap berkaitan dengan Website, tak cukup ramuan jika SEO tidak dimasukkan sekali. Tapi adakah kita faham apakah itu sebenarnya SEO ? Apakah faktor untuk SEO ini ?

SEO dalam kata mudah ianya merupakan rencah untuk sesuatau masakan. Jika rencah tidak menepati, maka kurang menjadi masakan tersebut. SEO merupakan penambah rasa untuk memastikan website kita berada di ranking yang tertinggi di search engine seperti Google. Ini bagi membolehkan website kita mudah dicari oleh orang yang memerlukan produk dan perkhidmatan kita.

Apakah perkara yang perlu di ambil kira untuk menggunakan SEO ini ? Baiklah, saya kongsikan 3 perkara tersebut :

 

1. Pesaing

Ketika ini banyak sudah perniagaan yang menjalankan sama seperti yang kita tawarkan, maka makin ramai yang bersaing untuk mendapatkan ranking website mereka di first page Google. Maka makin banyak keyword anda, makin kuatlah pesaingan perniagaan anda. Jadinya disinilah dan teknik yang baik dan mantap diperlukan untuk menapis pesaing anda.

 

2. WEBSITE

Untuk menggunakan SEO yang baik kita sudah semestinya perlu  menyediakan platform website yang mudah dikendalikan dan fast loading untuk pengguna. Sekarang semua nak cepat je dalam segala urusan. Jika loading website kita pun lambat, siapa nak tunggu pun, jawabnya klik tutup jelah orang yang nak access ke website kita nanti

 

3. Strategi

Sudah semestinya untuk menghasilkan sesuatau yang  menguntungkan memerlukan strategi yang baik. Bukan main hentam je, orang lain buat SEO kita pun buat SEO, tapi kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang kita mahu dalam SEO ini.

 

Untuk kita laksanakan SEO yang mampu menghasilkan keuntungan untuk perniagaan , ianya memerlukan kajian, kerajinan dan strategi yang baik dan mengambil masa.

Dengan kesibukan anda menguruskan perniagaan, sudah tentu anda tidak mempunyai masa untuk melakukan semua hal-hal tersebut. Jadi dengan itu, kami dari Peneraju Media Solution (M) Sdn Bhd, sedia membantu dan berkerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan terus berkembang dengan lebih pantas lagi. Kami mempunyai team yang berpengalaman dalam pembangunan website dan pakar strategi untuk Digital marketing ini.

 

 

Peneraju Media

Peneraju Media

penerajumedia@gmail.com

(+60)12 - 691 8594 Afiq
(+60)17 - 393 9720 Husaini
(+60)11 - 1330 0078 Khairul

ONE STOP CENTER FOR GROWING BUSINESS

Copyright @ 2020 Peneraju Media. All rights reserved.

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Need a website? Contact us now

Share This

Share this post with your friends!