4 RAHSIA BERJAYA DALAM MEMULAKAN PERNIAGAAN
DUIT adalah rahsia kejayaan dalam perniagaan. Adakah anda bersetuju DUIT faktor penentu kejayaan sesuatau perniagaan?
DUIT yang saya maksud ini bukan nya DUIT yang ada dalam poket atau dalam bank anda. Ok lah, biar saya jelaskan apa itu DUIT: Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal
1. Doa
Untuk memulakan perniagaan harus di ingat Doa merupakan senjata yang paling berguna dalam kehidupan. Berdoa lah sebelum memulakan sesuatu perniagaan dan haruslah disertakan dengan niat.
2. usaha
Setelah kita berdoa dan memasang niat untuk memulakan perniagaan, kita perlu lah berusaha keras untuk perniagaan tersebut. Dalam berusaha itu, kita juga perlu ada perancangan strategi yang baik dalam perniagaan kita. Tanpa strategi yang baik maka sia-sia sajalah usaha kita nanti. Kegagalan untuk merancang akan menyebakan kita merancang kegagalan.
3. Istiqamah
Untuk menghasilkan kejayaan, usaha perlu diteruskan dalam kata lainnya konsisten. Dalam usaha tersebut, kita pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan. Dengan dugaan dan ujian tersebut, kita haruslah berhati cekal dan tabah. Orang berniaga ni, hati tak boleh macam tisu cepat koyak. Semangat kena kuat walaupun pelbagai ujian yang melanda.
4. tawakal
Tawakal amat penting dalam segala apa yang kita lakukan. Setelah kita menghabiskan segala keringat dan wang ringgit, wajib bagi kita menyerahkan segala galanya kembali kepada Tuhan. Kita wajib reda dengan penentuan Tuhan. Untung dan rugi setelah kita berusaha dan merancang sebaik mana pun perancangan Tuhan tetap lebih baik buat kita. Kita harus bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan, sama ada banyak ataupun sikit malah jika tiada rezeki sekalipun kita harus bersyukur.
Kesimpulan nya ialah, kejayaan adalah milik semua. Semua manusia berhak untuk mendapatkan kejayaan dengan syarat kita haruslah berusaha ke arah kejayaan dan menyerahkan segala usaha dan perancangan kepada Tuhan. Jika gagal, kita perlulah lihat dari segi positif iaitu setiap yang berlaku pasti ada hikmah buat kita.
5 CARA PALING BERKESAN UNTUK MENJANA LEADS UNTUK PERNIAGAAN ANDA
5 CARA PALING BERKESAN UNTUK MENJANA LEADS UNTUK PERNIAGAAN ANDAfacebooktwitterinstagramyoutube1. Dapatkan Leads melalui content creation Langkah pertama ialah membuat content & bukan sekadar content. Anda tidak boleh meletakkan apa-apa jua content dan berharap...
CARA CLOSE DEAL SEMASA KEMELESETAN EKONOMI
CARA CLOSE DEAL SEMASA KEMELESETAN EKONOMIfacebooktwitterinstagramyoutube1. TUNJUKKAN ANDA PRIHATIN SANGAT TERHADAP RESULT Ini simple dan straightforward. Mungkin salah satu aspek yang paling penting ketika close deal. Anda perlu menunjukkan kepada orang yang anda...
APA ITU SEO DAN PERKARA YANG PERLU KITA AMBIL KISAH TENTANGNYA
APA ITU SEO DAN PERKARA YANG PERLU KITA AMBIL KISAH TENTANGNYAfacebooktwitterinstagramyoutubeJika kita bercakap berkaitan dengan Website, tak cukup ramuan jika SEO tidak dimasukkan sekali. Tapi adakah kita faham apakah itu sebenarnya SEO ? Apakah faktor untuk SEO ini...